Categories
Uncategorized

Noh Salleh Raih Perhatian ‘Catwalk’ Sambil Pegang Rokok Di Pentas KLFW2022

Pentas Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2022 pada hujung minggu lalu meriah dengan kehadiran para selebriti yang hadir. Di sebalik kemeriahan itu, kemunculan penyanyi kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh mencuri tumpuan ramai apabila dia tampil di atas pentas peragaan itu.

Menerusi video yang tular dikongsikan ini, Noh muncul di atas pentas peragaan itu dan melakukan catwalk bagi memperagakan pakaian dari salah satu jenama pada hari tersebut. Turut kelihatan, penyanyi itu memperagakan pakaian serba hitam dan memakai kaca mata.

Apa yang mencuri tumpuan ramai ialah Noh turut memegang sebatang rokok yang tidak dibakar sambil melakukan catwalk tersebut. Dia juga dilihat berjalan dengan begitu santai sebelum memasukkan rokok tersebut di mulut untuk membawakan imej ‘bad boy’ itu.

Namun penampilan Noh yang muncul dengan imej ‘bad boy’ itu turut membuatkan segelintir peminatnya berasa kecewa melihatnya. Malah ada yang menganggap penyanyi itu kelihatan begitu berbeza dengan dahulu semenjak penceraiannya bersama bekas isteri, Mizz Nina.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama memberikan reaksi mereka melihatkan penampilan Noh di pentas peragaan itu. Dalam masa yang sama, video yang dikongsikan itu juga kini tular dengan lebih dari sejuta tontonan setakat ini.

“Sebijik rider foodpanda.”

noh salleh

“Aku rasa Noh sebenarnya tengah jalan-jalan cari lighter. Tiber je termasuk runaway KLFW.”

pentas

“Inilah hidup yang dia impikan selama ni.”

komen

“Alamak, sejak-sejak jadi duda ni.”

tik tok

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

Sumber:HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *